Friday, April 12, 2013

Friends

Assalamualaikum :)

Harini nak cerita pasal..... PLKN? naaaaaaa. takder. sambungan tak create lg. haha. nak cerita pasal sekolah. rasa rindu sangat kat zaman sekolah. zaman ni la zaman taktau pape, zaman jahil, zaman nakal, zaman kesedaran dan berbagai bagai zaman lagi. haha. serius la bila duduk kat rumah tak buat pape (tanam anggur sahaja lol), mesti ingat sekolah. yela. rutin bila sekolah kan sama je tiap2 hari. haha. pergi sekolah, balik sekolah, buat homeworks, tengok tv dan lain2 aktiviti, esok paginya dah pergi sekolah lagi. kan...... tapi yang aku rindu saat2 kat sekolah tu la. terlampau banyak moments yang tak boleh dihitung dengan jari. ala kita sama je kan? tak ke? haha.yang aku rindu. kawan2 aku.........

oookay. kat sekolah kalau perempuan ni mst jenis yang ada gang2 kan? I guess so. hii sebab aku pun camtu. aku pun ada geng sendiri. aih mcm gangster dan berpuak sangat je panggil geng ni. haha. ok. kawan rapat. people called us Lollipop (unsur2 korea di situ haha). tak ramai yang tahu ada nama tu. yg pasti diorg tahu yg kitorang rapat. haha. 6 orang. aku, Shada, Ummi, Wani, Farah, Dayah. yang paling "evil" , aku rasa mcm aku.......... hahahahahha. serius ah. I think people see us as budak2 baik. kahkahkah. kitorang satu kelas since form1. dah masuk form 4 baru pisah. aku amik sc teknikal. yg lain semua amik sc tulen. masa form4 ummi farah dayah wani satu kelas. time tau rasa mcm wei tak adil hahaha Shada kelas lain. aku dh mmg sah ler kelas lain ye dok. heheh.

masa kitorg form2 baru tertubuh Lollipop. Diorang ni semua boleh kata looks skema but we know that we are not hahaha. probably sebab ada Ummi yang pandai tahap petala ke berapa (one of Selangor best student in SPM), so yg lain pun kena tempisnya sikit tapi kitorang tak skema langsung2 hahahaaha. we know who we are. ecehh. kitorang jenis yang....... wei taktau nk cakap camne. ni dr sudut pandangan aku. kitorang bukan jenis yang hangout. (ko tau haritu kali kedua hangout dgn diorg lepas aku balik PLKN. dalam tempoh 5 tahun. last masa form...I don't remember. tu pun tak cukup ahli) imagine.. then tak pernah tidur rumah sesiapa antara kitorang (datang pun rumah farah dgn dayah je sbb dkt dgn sekolah. rumah ummi tu lg semedang jauhnya kat Meru) hahaha. limitation ktorg mmg transport la. tak semua biasa naik public transport. then tak dibiasakan terlampau rapat yang gila punya. know what I mean? life ktorg memang riang ria kat sekolah je mostly. dan handphone.. yg join social networks pun aku dgn Shada je. diorg tak skema. tapi dah rasa benda tu tak perlu takyah la. bahagia je kitorang sampai sekarang. haha. masa kitorang sama memang tak banyak tapi ukhuwwah tu terasa rapatnya. Ummi ingatkan "kita sahabat atas iman." "beriringan menuju syurgaNya" dua2 quote aku dpt time birthday. siapa yang tak sebak. memang pandai buat pasir masuk mata aku kannnnn. haha.

Shada ni dari dia keluar perut memang aku dah ngadap je muka dia. hahahahahahhahaaha. dia ni sepupu aku sebenarnya. dari sekolah rendah sampai menengah sekolah sama. kelas pulak mostly kelas sama. rumah sukan pun sama. taktau la nanti kalau tarikh kawin pun sama jugak. jangan suami sama dah la. haha. she loves Korean but not Kpopper. berkali-kali beliau menegaskan perkara itu. kahkah. ye da ye da aku paham. haha.

Ummi. pelajar bijak. rajin. in the same time dia sebenarnya tak skema. ada je bahasa pelik2 yang keluar dari mulut dia. yang penting bertamadun. hahahaha. tell me she is skema, aku gelak habis. haha. nampak je baik Ummi ni. mmg baik. haha. tapi dia ade jugak part "gila-gila" nya. kadang2 yang tak masuk akal pun ada. tak caye. Ummi ke ni. hahhaa.

Wani. Sabahan. asal Sabah muka Cina. ha nak ape lagi. this girl muka takde perasaan. but I love her hihi. sama la ni mcm Ummi. cuma Wani ni weng sikit hahahahahahhahaa k tak tak. bukan. Ummi lebih baik sikit hahahahahahah statement jahat ke canne ni

Farah. paling lemah lembut di kalangan kami. paling lambat makan jugak hahaha. tapi farah jalan laju hihi "meon" is her words. ade yg tak kena, "meon". haha. dia ni kawan tak study aku hahahaha. contoh dia call aku tanya dah study apa, "belum" "sama" hahaahahaha

Dayah. the most baik person between us. haaa dayah ni boleh kira skema. sikit je. dgn kitorang kalau dh kena, haaaaaa. takde pape. hihi. dayah ni bila dia tepuk, pehhhhhh berasap. saing2 shada jugak ni. hahahahha. Dayah sekarang ambik STAM.

aku pulak jenis yang mcm aku cakap tadi la. paling "evil" hahahaha. takde la jahat mana pun. tapi nak banding dgn diorg ni, rasa diri kecik la. tak baik mana. haha.

Alhamdulillah masing2 dah habis sekolah. result SPM pun dah dapat. sekarang ni kena move forward. maybe tak semua dapat apa yang kitorang nak. Allah knows better. tak dibayar sekarang, Dia simpan dulu. takmau sedih2. haru sangat bila ingat pasal haritu....... ok habis. harap kitorang takkan lupa each other no matter what. masing2 dah nak bawak haluan masing2. rasa sedih sangat bila ingat. masa2 yang ada ni la. tu la walaupun keluar 3 jam je haritu pun takpa. kang nanti Ummi tu entah terbang ke mana. yang lain entah masuk ceruk mana. eee ngeri bila ingat balik haha. no matter what, we are still friends. still Lollipop. kena ingat nama glamour masing2! haha. Sahabat atas iman. Sahabat yang beriringan ke syurgaNya. In Shaa Allah. Aamiiin :)

1 comment:

  1. Na!!teka aku sape..haha..gelak2 aku time bace post ko nie..tp serius,sebak aku..sedih..nk nangis pn ade..perpisahan itu hampir tiba..tp walau jauh di mata,dekat di hati..in shaa allah..sahabat atas iman..beriringan menuju syurga..:)

    ReplyDelete