Sunday, February 27, 2011

mase hari jumaat hari tu, aku pegi kem.
hari ahad tadi, aku balik daripada kem tu.
aku dah mula rindu pengalaman tu.
rindu kem.
rindu aktiviti.
paling aku rindu EXPLORACE.
rindu abg kakak fasi.
rindu KUMPULAN 10.
rindu semuaaaaaa.
besok2 aku cerita.
besok aku nak sekolah.
homework aku tak siap lagi.
takpe lah.
SEMANGAT.
itu yang aku belajar kat sane.
bye.

Saturday, February 19, 2011

should I?

*tajuk takde kne mgne dengan entry. haha.

blog aku nie dah dekat setahun lebih. bukan lame mane pun. post pun baru 90 posts je. banyak la tu untuk aku. aku rase care tulisan aku pun dah berubah. dulu memang singkatan habis laa. sekarang nie seboleh2 nye, nak full. tapi tak la full sangat. nanti mcm skema sangat pulak. haha. pastu, bile aku bace older2 post aku mase zaman 'dulu2' tu. aku mampu gelak je. haha. geli pun ade jugak laa. kenape care taipan aku cmtu? hahaha. serius. aku tak berkenan langsung. haha. memang laa. aku rase yang sekarang lebih okay laa. ahh. memang laa. mesti la kite suke sesuatu yang lebih baik kan? mane lah tahu lagi bbrpe tahun nanti, care penulisan aku berubah lagi. mesti aku tak berkenan pulak dengan yang sekarang nie kan? haha. tak mustahil.



yelaa. dalam hidup, kita memang sentiasa ade perubahan. dalam apa jua aspek sekalipun. kau cakap je lah. dari segi fizikal, mental, emosi. akan ade perubahan dari mase ke semase. takkan dari dulu sampai sekarang nak same je kan. tapi kalau benda tu dah cukup baik, takpayah ubah pun takpe lah. tapi kalau nak ubah ke arah yang LEBIH BAIK, lagi lahh bagus kan. .......................aku dah taktau nak cakap ape. takde idea. bye.

Thursday, February 17, 2011

tak perlu tajuk.

nak cakap pasal ape? pasal homework. bosan ahh. macam takde topik lain je. lantak lerr. dah tu je terlintas kat fikiran aku sekarang. homework sangat heaven okay. adik2 form 3, sila bersyukur dengan homework yang korang dapat sekarang. cikgu bagi sebab nak korang pandai. bukan setakat tahu buat je, tapi paham sekali. nanti tengok la hasilnye homework2 tuh lepas result PMR nanti. alaa. awal tahun lagi nie. sikit je tuhh. haha. nanti dah nak exam, lagi berlambak2 kertas korang dapat. boleh buat bank soalan dahh. untuk sape? korang jugakk. nanti dah masuk form 4, baru tahu betape heavennye form 3. rinduu gilerr laaaaaaa form 3..... T__T
dah form 4 nie. subjek dah tambah tambah. dengan subjek azharnye. nak SMA kan. homework pun lagi ler tambah2. killer subject jangan cakap ah. lagi2 addmath. kalau tak betul2, taktau ah nak cakap ape. tapi kan, banyak mane pun homework tuh, tak penahnye aku punye complete kat rumah. confirm triple thousand kali, kat sekolah pagi2 baru nak siapkan sepenuhnye. jadi? jangan contohi aku. hahaha. ;D

itu je. salam~

Wednesday, February 16, 2011

i can feel something. sesuatu yang aku taktau ape.

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL.



banyak2 kan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
bukan hari nie je. hari2. (:

Monday, February 14, 2011

bola....


bola itu? bola itu bulat. erk. bukan sphere ke? entah. yang penting kau tau rupa bola untuk bolasepak tu cmne. aku suka bolasepak. main tu tak berape lahh. setakat main2 dengan adik sedare aku boleh lah. minat ye. aku suke tengok game bolasepak. bagi aku,ade satu kepuasan bila aku tengok game tuh. mostly, bila org tau aku suke bolasepak, mesti org pelik. dah laa. memang pelik pun. aku pun dah tak heran kalau orang pelik dengan aku.haha. mereka pelik sebab aku minat bolasepak. perempuan minat bolasepak? ape kes? haha. sukahati aku lah.kalau dah aku minat, jangan la pertikaikan. kalau pelik je takpe.haha.

tak ramai erk perempuan yang suke bolasepak? macam lerr aku kesah. sekurang2 nya, aku lain daripade orang lain. hahaha. dan kalau boleh, aku nak carik 'orang' yang minat bolasepak jugak.senang sikit.nanti takpayah rebut2 tv.ahh.gedik pulak.hahaha. tak kesah laa minat lain2 team ke hape. yang penting minat bola. kalau dapat pemain bolasepak pun best jugak kan? haha. mimpi lerr~

dan sekurang2 nya, bila minat bola, aku dapat lahh memanfaatkan channel 801-818 kat rumah aku nie.haha. tapi channel GC aku tak tengok ah. golf? tolong sikit aku nak tengok.haha. tapi tengok game jugak laa. kalau yang team aku tak bpe minat tuh, harapann aku nak tengok. haha. selalu tengok game BPL atau LA LIGA je. LA LIGA aku tengok yang ulangan.haha. tapi tak semua team la aku tau. aku ambik tau team yang aku minat je. dan juge BIG FOUR EPL(liverpool kire lagi tak?hahaha).

team yang aku minatt;
MANCHESTER UNITED!


yeaaaa. dulu aku sewel2 lagi. main bedal je lahh minat team ape. bile org minat team nie, aku pun nak jugak. bile minat liverpool, aku pun kate minat liverpool. bile minat arsenal, aku pun kate minat arsenal. tapi sekarang dah tak dahh. aku minat MANCHESTER UNITED. bukan CITY yeaa.haha. dan musuh ketat aku, CHELSEA. aku tak suke arr team nihh. TAK SUKE TAK SUKE TAK SUKE! hahaha. sorry to all chelsea fans. peace~

selain itu(ah.mcm dlm krgn laa pulak), aku sokong jugak bolasepak tempatan. aku sokong
SELANGOR!


tempat kelahiran. tempat asal aku. lagi nak cakap pe? dah tu je yang aku sokong. mane ade team lain dahh yang aku minat.haha. oh yea. aku pun sokong team MALAYSIA jugak! kalau tak, takde la aku semangat gile buat entry MALAYSIA banyak2 tuh kan. (older posts)

pemain favourite aku;

*JAVIER CHICHARITO HERNANDEZ. gambar dy nih ade atas meja aku kat sekolah. hahaha.


*RAFAEL DA SILVA. aku taktaw cmne nak bezakan dy dgn kembarnye. same sangat!



*AMRI YAHYAH. selangor punye pemain! yang depan sekali tu!




*AMIRUL HADI ZAINAL. selangor jugak. haha


bye korang !

Sunday, February 13, 2011

tanya sama hati

wahaha. tajuk tuh. aku dapat inspirasi la plak nak update blog kan. ah. bukan selalu ambik2 inspirasi nihh. tengah dengar lagu 'itulah sayang' by the ramlees. dia punya lirik. TANYA SAMA HATI~ tu je yang aku nak cakap. bukan keseluruhan lagu tuh. hahaha.
ape aku nak cakap pasal bait lirik tu? yelaa. betul. kita tanye sama hati kita ape yang sebenarnya kita nak. hati mainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. woo. dah mcm ayat karangan lahh pulak. haha. back to the story. bile kita nak buat pilihan, hati memang berperanan lahh. kalau kita dah buat solat istikharah untuk buat pilihan, jawapan datang dari mane? ye.dari Allah. melalui ape? melalui petunjuk. bagus punye jawapan. aku tak reti la nak mengulas bab yang nie lagi panjang. aku takut salah. takpe2. back kepada hati kita. kadang2 gerak hati kita mainkan peranan jugak kan? yelaa. contoh mcm org nak diserang musuh. mesti ade satu perasaan tu yang datang kat diri dy. gerak hati dy.
straight to the point ah. aku tak reti la nak bina2 ayat berkias kias nihh. setiap kali nak buat ape ape, ko tanye hati ko nak ape? ibarat tanye diri ko. tapi jgn lah pakai hati je. akal pun kena gune jugak. kalau hati ko suruh buat jahat(tu nafsu.haha), ko gunelah akal ko nak pk mane baik mane buruk. selalunye gerak hati kita nih betul. bagi aku laa. haha. erkk.salah cakap ke? aku main taip je nihh. mcm aku, kalau rase tak sedap hati je, mst ade sesuatu yang aku tak suke/buruk akan jadi. selalunye betul lah. lain2 aku tak tahulah. wallahua'alam. segalanya di tangan Allah. conclusionnye, kau TANYA SAMA HATI ko nak ape? buat pilihan sendiri. ahh. aku mcm tak kupas je tajuk nihh. mcm merepek sendiri je aku nie. hahaha. takpe laa. aku tak pandai nak menekspresikan pandangan aku pasal ayat 'TANYA SAMA HATI' nie dekat blog. aku paham tapi taktaw cmne nak cakap. pandai2 lahh korg pahamkan sendiri ayat tuh.hahaha. lastly, gunekanlah hati dan akal anda dengan sebaiknya. (=

lagi sekali. aku.............

aku rase kann. macam kan. borink giler tengok blog aku nie. asyik number je. korang tak boring keh? cheh. mcm ade plakk orang tengok blog aku.hahaha. yelaa. dah la background number. cerita pun pasal number. macam annoying gila je kann? haha. lantak lah sane. nanti2 je laa kalau nak tukar. eh eh. tak bermaksud aku hilang minat terhadap number. ohh. tidak sekali kali. aku bukanlah mengagung2 kan sangat number. cume diri aku lebih cenderung ke arah itu. aku pun tak nak lah benci bahasa. yelaa. kalau takde bahasa, macam mane aku nak communicate pulak kan? aku in the process nak balance kan minat aku. aku taknak lah terlampau obses sangat dengan satu2 benda tu sampai yang lain terabai. aku taknak lahh nanti result aku, satu tinggi, lagi satu rendah sangat. tidak tidak! kalau boleh, semua aku nak minat. tapi tak mampu laa pulak kan.haha. ............ah. taktau nak sambung ayat ape. bye bye!

Friday, February 11, 2011

aku......

nak tahu tak nak tahu tak? lately kan lately kan, aku kan aku kan malas sangat nak main dengan number. apehal? aku dah lah suke gila dengan bende alah tuh. aku takde mood nak buat addmath mahupun mathmode bile mood aku tak baik. tapi bile superb okay, setiap inci buku tuu aku jelajah. hahaha. tu laa. betul cakap orang kan, kalau cinta, jgn terlalu cinta. nanti mungkin boleh jadi terlalu benci. dan kalau benci, jangan terlalu benci. nanti boleh jadi terlalu cinta. haha. and same goes with my situation. kalau sayang number, jangan sayang sangat. nanti boleh jadi tak sayang langsung. hahaha. okay. balance kan antare subjek favvy and subjek lain. hoho~ aku nie, kalw bab2 BAHASA. mengucap je lahh. paling malas nak buat. lagi2 essay, karangan serta insya'. ya ampun. kalw menimbun mane pun homework aku, keje2 tuh laa yang akan jadi keje paling lasst sekali aku buat. haha. maaf ye cikgu, teacher dan ustazah. (=

Tuesday, February 08, 2011

it's my decision. harap2 semuanye okayy. kadang2 kite kena ikut kata hati kan? aku dah taknak menurut kate orang je. aku nak buat pilihan sendiri. maybe tergesa2 kot? tak terpikir lagi effectnye kat aku nanti. takpe laa. it's my choice. aku nak tetap dengan keputusan aku. biar la semua yang negative tu pergi dari jiwe aku~

Thursday, February 03, 2011

impian aku bukan impian kau.

salah cakap. bengong betul aku kate nak ambik sains aktuari lepas SPM nanti. haha. tak sesuai tak sesuai. tapi based on yang aku bace, ia lebih kepade account, economy and calculus.tapi yang aku dengar pulak, lebih kepade sains hayat. kalau aku mane boleh ambik sains hayat. tak ambik bio. jadi mane satu betul? haha. ah tak kisah laa.haha.nanti2 tau la tuh.

ACCOUNTANCY ACCOUNTANCY. oh. kalw lah lepas SPM nanti aku dapat terus masuk U. dalam bulan januari cmtue. TRIAL SPM kena buat betul2 lahh. cheh. dah pk pasal SPM laa plak.hahaha. terpengaruh la nie.bile org UiTM datang sekolah cakap pasal fakulti PERAKAUNAN. aku dah lebih terpengaruh. dari dulu2 lagi aku nak jadi AKAUNTAN. tapi aku tak didedahkan dgn bnde2 nie. dari sekolah rendah ke ape.tapi dah lame la. tapi bile aku tak ambik tau sgt pasal bidang akaun2 nie, lama kelamaan perasaan nak ke situ makin hilang. tapi dah form 4 nie baru aku faham sikit sikit. sekurang-kurangnye aku faham ape kaitan bnde2 nie sume dgn kerjaye, mase depan. taklah rase rendah diri pulak kalau kate nak jadi akauntan mcm dulu. haha. org tak pndg weyy dulu kalw aku kate nk jd akauntan. kalw kau kate nak jadi doktor ke jurutera ke, baru glamer sikit kan. ah. lantak. glamer tak glamer. minat aku. haha. actually aku tak kisah antara account atau financial. antare bidang pilihan aku nanti. insyaAllah.

*tengok la tu.betape semangatnye aku.haha.

tapi kan, aku okay jugak kalau jadi cikgu.haha. subjek yang aku nak ajar, MATHS and ADDMATH. antare impian aku. aku nak bg anak murid aku rase Addmath tu senang je. bukan mcm yang aku rase skrg. bit hard la. haha. cheh. besar pulak rasenye impian aku tu. haha.

pastu pastu. aku nie kan giler sangat dengan subject nombor2 nie esp maths and addmath laa. susah macam mane pun, tak dpt macam mane pun, aku tak dapat nafikan yang aku suke giler dengan nombor2 nie. lantak la jwpn aku salah. aku kena buat berpuluh2 kali sampai naik jemu, tapi jauh di sudut hati aku.chehh.aku tetap suke subjek nie.aku suke nombor.aku suke kire2. i can't deny it. and impian aku yg seterusnya ialah PAKAR MATEMATIK. haha. igt senang ke nak jadi pakar pakar nie? takpe laa. usaha. aku harap aku dapat gapai impian aku tu.

kalaulah kan. kalaulah. mane tahu. takdir aku nanti. aku terpakse berpusing 360 darjah daripada impian aku tu. means, aku takdapat jadi ape yang aku nak. aku terime. tapi , aku harap aku dapat gapai ape yang aku impikan tu. insyaAllah. (=
bosan jawab soalan 'kenape ambik sains teknikal?'

Wednesday, February 02, 2011

k-e-l-a-s

nak update nak update! ahh. rase mcm budak kecik laa plak.heh. terase nak update tapi aku taktau ape yang aku nak update. wakaka. err err. kite mulekan entry ini dengan.................... ahh.stuck doe.takde idea. takpe lahh. ohh.jari.lekas2 lah menaip hape2 yang otak aku nie suruh.haha. *otak tak center. ;D

okay2. mari cerita pasal kelas baru aku. BARU? haha. baru la sgt kann. eh baru la jugak hape. tak sampai sebulan lagi taww.hahaha. aku FRESHIE lagi! haha. eh silap silap. budak yang lagi freshie dah ade. HALF FRESHIE lahh kirenye dekat 4adn tuh.hahaha. aku taknak compare lahh dgn kelas yang dulu.each class ade kelebihannye. wuhuu~

kite cerita kelas yang baru pullakk ye. happening lahh.i like triple thousand kali.hahaha. aku duduk dengan aimi. kesian kau kan aimi.hari2 aku jerit kat kau.sampai ko ckp; 'dah mule dahh.' hahaha.nak bwat cmne. kelaziman seperti hari2 sejak aku masuk ke kelas itu.haha.lagi2 bile.......haha~
ktorg duduk baris tepi sekali dari pintu masuk. baris kedue dari depan. ceh. tu pun nak bgtaw kann.haha. depan kitorang lelaki. blkg kitorang perempuan. wakaka. sewel lah aku. tak perlu ah bgtaw sume tu. tapi takpe la. otak aku yg transferkan information ke jari utk aku menekan keyboard2 nie.haha. boleh dikategorikn kelas yang bising laa.hahaha. aku pun jadi bising sekali. eh.bukan aku nie memang jenis yang bising ke?hahaha. kelas aku kaler PURPLE PINK ! eh. aku ade bgtaw tak kat entry sebelum nie? rase mcm belum.haha. entah. tak igt. haha. pastu ketua kelas aku pulak duduk depan aimi. sebelahnye rakan sejawatan aku, pengawas. si headboy class nie kan.haiya~haha. kalw pinjam ape2.hw ke ape ke.tak cakap thankyouu pun.aku pulak ckp je laa SAME2.konon nak perli laa.hahha.paling sengal reaksi dy, dy jwb WELCOME.perh.aku mampu gelak je laa. hahahaha.

pastu kan, byk la bnde yang bwat aku gelak.ah.giler betul aku kat kelas tu.takpe laa.tak tension doe.hahaha.kdg2, walaupun bnde tu takde laa lawak mane, tapi boleh pulak gelak2. bukan syok gelak sendiri. tapi same2. mcm semalam. ade laa sorg pelajar tu dy mcm melompat kat depan tmpt duduk aku. pastu aku spontan je laa cakap, 'bergegar doe.' pastu tetibe gelakk. hahaha. aku pun tak faham apesal reactionnye cmtu. lagi laa aku.sampai ke sudah tak habis gelak.haha. bengong kan? skrg memang byk giler aku gelak.hahaha. bagus tak? dengar2 tak bagus ehh kalau byk gelak?hahaha.

pastu ade laa peristiwe2 kelaka kat kelas nie.hahaha. paling giler pasal histeria tuh laa kann. kau igt histeria betul2 ke? histeria salah faham je tuh.hahaha pastu pulak sume tension pasal addmath. yang aku tau pasal baris aku dgn baris sblh aku je lahh. yg sebelah lg tak berape nak taww sgt.hahaha.ye arr. baris sblh aku tu yang duduk, ahmad, adha, fateeha, adeeba and lain2. kecoh doe.hahaha.lg2 ahmad la kann. start dari adeeba lahh. dy pg tanye aku minum susu ape mase kecik? woo~ mane lah aku ingat. ataupun aku taktau? hahaha. nie sume addmath punye pasal. tibe2 pulak masuk pasal susu. sebab soalan yang 'sng' giler tuh laa.haha. tanye pasal susu pulak. aku pun, dgn slambernye jwb ar; 'minum susu ibu. susu paling berkhasiat.' haha. logik ar mase kecik2 . tapi tak logiknye bile dah bbrpe tahun takkan aku minum susu mak aku lg kan? hahaha. pastu terciptalah satu gelaran utk aku. dicipta oleh ahmad. ahh.taknak bgtaww.hahaha.

pastu pulak. hish. bile aku nak habiskan entry nie.haha. bile budak baru masuk. aku tak bertegur lagi dgn dyorg. teruk tak aku? hahaha. dyorg duduk ceruk kat blkg sane.baris belah sane. aku pulak depan2 baris belah sini. aku pun taktau nak tegur cmne. aku nie bising kat org2 yang dah kenal je. haha. kekok lagi laa kirenye. 4 org bdk baru masok kelas aku. sorang dr SG. Bert, sorg dari SAMTAR, lg due org dari SAMNI. tapi kan kan kan. aku tak berkesempatan nak berkenalan dengan lebih rapat dgn dyorg. yang dari SAMNI tu dah patah balik sekolah dyorang.tak sampai seminggu kat SAMTSH okay. aku pelik kot. dyorg kate cikgu aja tak phm.lagi ape entah sebabnye.aku tak igt.and katenye yang dari Sg, Bert tu pun nak pindah balik sekolah lame dy. katenye lahh. taktau la betul ke tak. means tinggal yang SAMTAR tu je lahh. tak kisah laa. terpulang kat dyorg. pilihan masing2. tapi bak kate ustazah aku, sekolah dyorg bukan besa macam skola kite. jadi sume cikgu boleh kenal pelajar2 dy. means lebih perhatian laa. bukannye skola kitorang tak dpt perhatian woi. cume kena la sesuaikan diri. pelajar ramai. ramai lg yang menunggu kat lua tuh nak masuk SAMTSH. maybe lain la suasanenye dgn skola dyorg. care cikgu mengajar pun maybe lain. kalw tak lain, ape bezanye skola kitorang dgn skola laen kan? mesti la berbeza.tak kisah laa. keputusan dyorg~

kelas ktorang pun dah semakin berkurang. AMSYAR dan QAYYIEM pindah KISAS. tahniah la korang! bukan sng kan nak masuk sane? dah rezeki dyorg. kalw tak pegi, rugi pulak kan. sekolah berprestasi tinggi tu. seluruh Malaysia tahu. SELAMAT BERJAYA lahh di sane.

penat.stop skrg.jap lg nak bwat entry baru pulakk.kot laa.hahaha.

Tuesday, February 01, 2011

first february.

teet teet.entry baru. ;D
dah berabad berdekad beralaf berkurun aku tak update blog nie.ah.hiperbola sungguh.padahal baru seminggu lebih.haha. tapi terase lame la plak kan? betul tak? tak betul sudahh. bulan januari pun dah berlalu. kenape aku rase bulan januari nie lambat berjalan ehh? heh. perasaan je tuhh. padahal same je kan?haha. okay. now. we are in February!

lagi ape aku nak cerite skrg? okayy. mari aku bgtaww satu kenyatan. kate AIMI NADIA ; torture ah jadi form 4 nih.
kate AKU pulak ; sesak nafas aku dah form 4 nih. =.='

serious ar weyy.hahaha.serious lahh sgtt kan. eh betul ape. kau tak pk. form4 nih byk giler homework.dah jadi mcm slogan kelas lah pulak kan ayat nie ; TIADA HARI TANPA HOMEWORK. mane taknye, tiap2 hari ckp benda yang same. betul2 jadi pulak tu. syokk gilerr lah kan. kau ape tau?hahaha. kalw hujung minggu pulak, TIADA HUJUNG MINGGU TANPA HADIAH DARI GURU2. tu ayat aku laa. bantai je laa.asalkan sampai maksud.ko tak phm ke maksudnye? sile rujuk kamus. haha. confirm tak jumpe lahh. ;D pastu pastu, sekarang nie kan kite tengah cuti CNY kan? phm tak? kalw tak phm, sile rujuk kamus sekali lagi.hahaha. sambung cerite balik, dan bertambah lah lagi satu ayat rekaan aimi ; TIADA HOLIDAY TANPA OLE-OLE. bombastik kan? hahaha. bengong laa. tapi betul ape. ole-ole dari cikgu, tecer dan ustzah. terime kasih wahai warga pendidik2 kami. memang laa berlambak, tapi kalw takde homework tuh, confirm triple hundred percent aku tak bukak buku time cuti nih. hahaha. jadi ade jugak faedahnye, kang karat pulak otak aku nie kalw tak gune utk fikir.nak siapkan hw2 sume tuh. 9 daripade 16 subjek yang aku blaja, ade homework. sikit kau kate? bnyak weyy.haha.takpe2. chill je. ;D tapi aku confirm2 ah. malam nak sekolah tu, mesti tak complete lg sume hw2 tuh.hahaha. biase arr. student last minute. gitu lahh gayenye. kalw last saat lg payah derr. aku nie dah la terkedek2 kalw menulis.haha. anyway, aku harap dapatlah menyiapkan kau ye wahai;

BM, BI, BA, ADDMATH, MATHMODE, SEJARAH,AKAUN, BA2, TAFSIR HADITH(hafal).

goodluck for me! haha. ye ye je smgt. nanti pagi nak anta tu baru complete. perh. terbaikk. hahaha.