Thursday, March 24, 2011

HB

alhamdulillah.
Allah masih panjangkan umur aku.dah menginjak ke angka 16 tahun.


pagi2 aku feeling sangat. aku pun taktau kenape. sakit kepala. bercampur baur perasaan aku. entah laa. tapi after after that dah macam biasa. gembira pun ade. lawak pun ade. buat aku gelak je bila ingat. haha. petang tadi biase je. tapi mase nak balik... okay. memang aku gelak gila gila bila ingat. haha. anyway, thanks kepada kawan kawan aku yang wish. ♥



happy birthday to me, farha husna and naily shofiatun najwa. ♥



aina syaza

Friday, March 11, 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PRS 2011

assalamualaikum.
time to write, to express my feeling yeahh.
aku rase entry kali nie agak basi sikitt kot. hahaha. yela. cerita dua minggu lalu.... baru berkesempatan nak bercerita hari nie. tak menyempat ah nak menaip kat sinii. kena ade mood yang betul baru boleh menaip. betul? betul. haha. okay. back to the real main topic. tentang ;

FASILITATOR DARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

hoyeah. mula mula aku sangat lah malas teramat lah malas nak pergi ke kem nie. sebab ape? sebab malas la woi. sebab ape lagi. aku tak kate eh kem tu tak best. nie permulaan cerita lagi. first impression bile tahu ade kem. 'argh.. malas gila.' okay. sila jgn contohi. haha. tweet tweet aku di twitter membuktikan perasaan aku ketika itu;



tengok tarikh tu semua ye. sebelum 25 februari. tapi kebiasaannye kalau nak pegi kem ke hape tak kire lah kat mane, memang aku malas. malas nak kemas, malas nak packing, malas nanti penat. ah. aku dah taktahu berape kali aku taip perkataan malas nie. tak elok betul kan malas malas nie? tapi tu la kenyataan yang membelenggu diri aku nih. try to improve it. supaye jadi rajin. sikit pun takpe lah. okay. aku dah melalut. balik kepade cerita tadi. malas malas aku pun....aku pergi jugak kem tu. merelakan hati ke kem itu. bukan memaksakan diri okay. nanti merana. aku relakan je lah. okay. untuk kebaikan aku jugak. sebenarnye lah kan, aku bukan tak suke pegi kem kem nie. cume aku malas nanti penat jeh. confirm isninnye tak sekolah. haha. straight kepade cerita kem je ah. panjang sangat pulak mukadimah aku nie.

FIRST DAY;

1 daftar pukul 4.00-4.30. dah siap daftar, 'check in' ke hostel. okay. kem kali nie di sekolah. tempat penginapan di asrama putera bg lelaki dan asrama puteri bg perempuan. aku dapat katil depan pintu. okay. 'seronok.' atas takde kipas dekat katil aku tu. takpe. malam dah cukup sejuk. petang tu tak buat ape2 pun. cume buat ape yang patut je.

2 malam tu baru ade aktiviti di dewan. fasilitator ; ringkasnya 'fasi', pun tak sampai lagi lepas kitorang solat isya'. sesat katenye. sampai hospital bersalin razif. haha. sambil tunggu fasi2 sampai, cikgu bagi taklimat sikit. okay. paling penting, 'JALAN CEPAT, MASA TEPAT.' senang cter, kena punctual ah.haha.

3 dah bahagi2 kumpulan dah. mcm biase. kire 1 sampai 10. aku dapat number 10.
THE BEST GROUP EVER! haha.
perkenalkan ahli kumpulan 10 ;
AFIQ, NAJID, ZULHAKIM, BADRUL, YUSMALIZA, AZIRA, NAJWA , AINA, ROSHADA, FARINIE, IMAN, NAJAH, AIDA, WIDAD.
cukuplah sekadar name pendek. tak mampu aku nak ingat name panjang diorang. haha.
*boleh tengok tak? lelaki : perempuan = 4 : 10 = 2 : 5. ish2.
afiq leader, kak yus penolong.

*zul takde. nie mlm kedua. aku malas nak cter pasal diorang.

4 lepas lepas tu, fasi pun sampai. disambut dengan tepukan. kesian pulak aku kat diorang. sampai2 je terus kena bimbing kitorang.malam tu kitorang dapat duit. setiap group dpt duit. maen konsep duit. same ade untung atau muflis. sepanjang program memang ganjarannye duit. duit dari bank bimbingan dan kaunseling. malam tu boleh tahan lah. lantik imam(afiq), bilal(zul), bendahari, peguam bela(kak azie), tok mudim, mak andam.banyak lagi la. orang paling tinggi, paling rendah, paling macho,suara paling sedap. serius lawak gila. haha. *time nie memang aku gila gelak2 ah. kak yus lagi lah. sampai meon2 tudung dia sebab gelak. memang kecoh doe. hahaha. proudly to share, i am the treasurer of my group. haha. cepat je aku bangun and lari ke belakang time tuh. haha. benda nih memang kena alert jeh. pastu akak2 dgn abg2 tu perkenalkan diri.. and mcm biasa, of course ade lagu tema kan. nyanyi mcm ape je taktau lirik. tapi dyorg ade yg naek pentas lg. haha. havoc gila lah. pukul 11 lebih, masuk dorm. tidur.

SECOND DAY;

1 pagi tu ade senam robik. start pukul 7. senamrobiknye pelik sikit la. hahaha. tapi boleh laa. dah peluh ke belum? belummmmmmmmm. haha. pastu sambung lagii. sampai pukul 8. pastu sarapan. tukar baju pe sume for the next program.

2 okay. dalam pukul 9 cmtu, ade ceramah kepimpinan oleh pensyarah UiTM. lecturer nie dah penah datang dah sekali. mase tu bg ceramah pasal bidang perakaunan. aku pun ade time tu. tapi kali nie ceramah pasal lain lah. ciri2 pemimpin. okay. aku pun taktau ape kes aku gila semangat catat benda2 yang dia tunjuk. haha. selalunya dengar je. pastu buat muka bosan. kali nie tak lah pulak. rajin. haha.

3 lepas habis ceramah tu, pengawas dengan prs dipecahkan. kitorang kat dewan. prs kat bilik seminar. sambil tunggu cikgu tak sampai lagi, kitorang sempat main. best gila. main tarik2. hoho. nasib ah sape jadi mangsa, duit kena tarik. hoho~ main kejap je. dalam tentatif, it suppose to be ceramah tentang fungsi dan peranan pengawas. tapi tak. cikgu muzakir yang bagi some speech. tak lame. dalam satu jam je. speech dia simple je. as simple as ABCDEFG. yeah. memang cikgu guna huruf tu untuk ingatkan kitorang. dengan iringan muzik yang slow mendayu-dayu. sayu je aku dengar.

4 okay. time nie da bersatu balik dengan prs. haha. kak ida kendalikan pasal kemahiran komunikasi PAC ; parents, adult, child. okay. time nie banyak video daripada filem2 P. Ramlee ditayangkan. nak kenalpasti jenis komunikasi ape. dah habis sesi nie, pegi makan, solat, tukar baju. sebab lepastu aktiviti..........

5 EXPLORACE! haha. memule aku rase biase je. mcm biase, mesti kena bawak kain penutup mate kan. aku bawak, kain batik. okay. cukup besar. haha. mase explorace tu, memang best gila wa cakap lu. erk. sumpah best! best sgt! tak terkate laa senang cerita. haha. kumupulan kitorang lambat dilepaskan. tapi tak kesah laa. asal best. haha.
dah kate explorace, confirm2 ah kena makan2 benda mentah kan. tapi sebelum tu kena berlakon dulu. haha. serius aku gembira dengan group 10 aku nie. sampai2 je, ingatkan tak semua kena berlakon. rupenye semua. spontan gila. group yang sampai sebelum kitorang tengah bincang2, kitorang dah buat dulu dah lakonan. tak sangka weyy. haha. lakonannye kejap je. pasal org nak meminang. afiq jadi bapak aku. haha. aida dengan yang lain jadi rombongan meminang. aku rase aku tak perlu ade pun takpe. bukannye ade babak sarung cincin pun. hahaha. tapi sgt sopan aku duduk bersimpuh time tuh. kelaka gilaa. hahahaha. yang cakap cume aida dgn afiq je. pandai pulak berbalas2. nak kereta lah, banglo lah. haha. gelak gila2 dlm hati aku time tuh. haha. lepastu, kena makan bawang, tomato, telur mentah, roti serta dibekalkan dengan air mineral. aku makan tomato je. bawang memang dah tolak. telur apetah lagi. aku taktau ah mcm mane leader aku boleh makan telur tu. heh. ngeri. haha. banyak la lagi task nye. ade yang kena minum air teh yang sangat panas tanpa gula. perh. berasap lidah aku. paling aku suka mase kat padang lah. yang kena tutup mate pastu pegang tali. kat tengah2 tali tu ade botol. kena masukkan dalam satu tong sampah (yang bersih). haha. time nie memang kena ikut arahan ketua lah kan. before that, leader group aku memang dah aja strateginye lah. abg man letak kitorang jauh gila dari sasaran! heh. lepastu, kitorang mcm ade berlaku sedikit kekeliruan dgn task tuh. sepatutnye ade lagi dua checkpoint, tapi kitorang terus dapat checkpoint last. tapi ktorang bagitau lah kat abg lan yang sepatutnye ade lg 2 checkpoint. dan kitorang pun teruskan lah journey itu. kalau nak menipu, memang group kitorang dah menang ah. si afiq pulak tak habis2 dengan 'konsep rezeki'. tak faham aku. haha. mase task kat depan bilik mesyuarat. aku kena culik. yeahh. aku kena culik dgn kakak fasi! haha. tapi diorang semua taktahu mase tu. sebab mate semua kena tutup. haha. diorang susah payah kena buat ape entah kat sane, aku lepak2 jeh kat dewan berkipas, borak2 dengan kak su. haha. mase diorang pegi next checkpoint, iaitu yang last sekali, baru perasan aku hilang. carik aku satu sekolah katenye. hahaha. mase tu aku dah cuak dah, apesal diorang nie tak carik2 aku lagi. kena denda pulak nanti kang. tapi lastly, diorang jumpe aku kat dewan. bagi 10 sebab kat kak su kenape diorang kena ambik aku. haha. kak azie as peguam bela kena bagi hujah. okay. dilepaskan~ haha. last checkpoint, kat surau. asingkan kacang hijau, garam, cili ape sume. alah. macam cerita musang berjanggut tu. haha. group aku paling last sampai. aku tak kesah. sebab kitorang finishkan semua tugasan. menang kalah belakang cerita ah. yang paling penting, experiencee! hampir kesemuanye aku cerita, tapi tak semua la pasal explorace nie. nak cerita semua, banyak sangatt. tapi nie explorace PAAALING BEST pernah aku join. time nih rase mcm makin boleh communicate dalam satu group. boleh gelak2 lagi. SANGAT SERONOK. kalau hari2 cmnie pun aku sanggup. ahahaha.

*tepuk tepuk terima kasih. ;D

*before main dengan tali. haha

6 malam tuh lepas solat isya', seriously aku tak ingat buat ape. haha. tapi lepastu, ade refleksi diri. ape yang kitorang dapat dari explorace petang tadi. okay. najah as wakil group aku yang pegi. lawak gila mase dia cakap pasal penculikan tuh. haha. sampai sekarang bile aku teringat pasal aku dihilangkan daripade dyorang tuh, aku gelak. i just don't know why. haha. tapi terase dihargai laa. sedar jugak diorang yang aku hilang. haha. then, ade slot subconscious. okay. part nie aku taknak cakap banyak ah. memang aku feeling giler time tuh. balik dorm. tidur.

THIRD DAY;

1 pagi tu senam robik. tapi kali nie best! aku enjoy gila lah. hahahaha.

2 lepas sarapan, ade aktiviti kat dewan. LDK. setiap kumpulan ade dapat satu title menteri. team 10 dapat MENTERI PELAJARAN. hoho~ kisahnye mcm nie;

10 orang menteri dalam penerbangan ke indonesia. kapal terbang yang dinaiki menteri2 tersebut terhempas. mereka memerlukan darah. tetapi tabung darah yang ada hanya cukup untuk menyelamatkan nyawa seorang menteri sahaja. menteri yang manakah wajar diselamatkan?


haa. hambek. sila utarakan hujah anda. team aku yang pergi berhujah kat depan, aida. pastu afiq pun pegi sekali. mase mulemule tu cool lagi. tapi bila dah ade yang menyibuk nak membangkang kat depan tuh. jadi mcm kecoh gila. pastu reda seketika. bila semua dah berhujah, kak ida kata kena pilih seorang menteri yang perlu diselamatkan. tapi semua selfish. nak pertahankan menteri masing2. last2, semua menteri mati~ lesson; jangan selfish. kalau seorang menteri boleh hidup, dia boleh bantu PM bangunkan negara. okayy. itu pengajarannye.

3 okay. LDK 2. mule mule akak2 tu bagi kertas mahjung, aku ingat macam selalu lah kalau dekat kem. kertas mahjung je kena buat pulau lah, lukis logo lah. klise lah senang cter. tapi kem ini, TIDAK. kitorang kena guna kertas mahjung tu untuk jalan. pandai2 ah nak bahagi untuk 13 orang jalan. haha. dah tamat game tu, maen katak kembung katak kempis. aku pun taktau ape motif abg man suruh maen benda tuh. wahaha.
lepas tu, ade satu benda nie kena buat. ambik kertas. pastu sorang dapat duit(palsu) rm100 atau rm50. lepastu, keronyokkan kertas dan duit tu pastu pijak2. okay. mule2 ramai taknak buat. tapi buat jugak. aku buat je ah. ape tujuannye? okay. mcm nie. kalaulah kan duit tu duit betul, kita keronyokkan. lepas buat cmtu, kita betulkan balik duit tu. still ade nilai kan? laku lagi kan? kau boleh lagi gune buat shopping. haha. tak same mcm kertas. bile dah komot2 cmtu, nak gune utk ape? memang lah boleh conteng2 lagi. tapi kita tengok yang duit tu. masih same nilainye. kertas dah tak same. same lah macam diri kita. andaikan duit tu semangat dalam diri kita. walaupun dah di'down' kan mcm mane pun, dah hilang semangat macam mane pun. sisa2 nilai semangat tu masih ade dalam diri kita. jadi, kita ade hak nak naikkan nilai semangat kita tu. semangat tak pernah hilang dari dalam diri kita. tu je lah yang aku faham. haha.
then, balik dorm. kemas2 ape sume. khidmat diri. solat. dan pakai baju sekolah.

4 MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP.
oleh Puan Ramlah binti Mahmood

mcm majlis penutup biase. ucapan penghulu program; zulhilmi. ucapan KU sekolah. ucapan cikgu muzakir. serta ucapan perasmian dan penutup oleh puan ramlah. penyampaian cenderamata kepada fasilitator. serta sesi bergambar. check it out!
(aku letak sikit je ah)

*agak formal.

*candid mcm hape.haha

*pengawas candid.tapi budak due org depan nie formal. haha. yang kecik comel tu anak cikgu muzakir. comel giler!

*thanks fasi2 semue!

addition.
ape yang aku suke pasal kem nie;
*nyanyi lagu.best.tapi tak hafal lirik.haha
*kalau ade mase terluang, mesti ade game ; aktiviti.
*tak mcm kem lain. fasi takde kat group. jadi bebas ah nak tanye sape2. akak2 abg2 tu, semua fasi kitorang. :)
*kem paling punctual. tepati mase. relaks. tak kelam kabut.
*belajar buat tender.haha

ape yang aku takboleh lupe;
*team 10! thanks kak yus, kak azie, kak najwa, shada, farinie, najah, aida, iman, widad, afiq, najid, badrul~
*tepuk terima kasih. spontan. tapi best. khas dari team 10. haha
*mase start explorace, aku tergelincir kat bwh pokok. argh. haha.
*diculik dan dijumpai. haha

bila dah balik. status twitter pun bertukar;

besoknye aku sekolah! tak mcm selalu. kalau balik kem je...............cuti... haha. sekarang,dapat semangat baru! new spirit~ entry hari tu;


entry paaaling panjang pernah aku buat. kira2 7 jam aku buat. hohoho~ nie sebenarnye tak detail, kalau lagi detail aku buat, setiap peristiwa aku cerita. satu hari suntuk ah kena ngadap skrin. haha.

taknak penutup panjang2. AKU RINDU KEM NI (:
assalamualaikum.

picture, credit to;
shada
kak anna
abg man

Saturday, March 05, 2011

tiada tajuk.

minggu depan ade test. ujian penilaian 1. seronoknyee lah kan aku. perh. macam taknak ambik je. dan macam yang lalu lalu tuh. each time nak exam or test, mesti rase tak sedap badan. mcm taknak sihat. straightnye, demam ah kan. tapi nie takde la demam sangat. kurang sihat je. tapi..... aku menyempat lagi pegi tengok bola, selangor vs harimau muda B kat stadium malam tadi. haha. lantak ah. that's my interest. org yang takde interest macam takde life. setuju? tak setuju takpe. aku tak kesah. erk. aku tak bukak buku lagi. satu hape pun tak. kau jangan pelik ah. tu style aku. kalau takde mood nak blaja, buang mase jeh aku blaja. bukan masuk. kejap lagi datang la keinginan nak blaja tuh. haha. yeler tuu. nanti la dulu. kejap lagi laa. err. jangan tanye aku ape yang masuk boleh? aku tak ingat lah. nanti kalau dah tengok buku baru aku ingat. alah. UP1 je punn. haha. JE? kau gila. dah la killer subject ade. physics, chemist, addmath. serta yang lain2 juga. tapi aku taknak ah ade yang fail. baru UP1 dah fail. taknak aku. takpenah2 fail. jadi? kalau taknak fail? bace la buku! kalau aku kate aku malas boleh? huahua. sengal gila lah kan. masalahnye, sekarang nie aku tengah buat ape? online....update blog....twitter..... bilenye nak bace buku? nak hafal subjek azhar? ah. this is really......tak terungkap dengan kata2. sudah. aku dah merepek. minggu nie memang sangat hectic. huru hara hidup aku. macam2 jadi. macam2 yang aku tak expect jadi. benda yang aku taknak ingat langsung! tapi kalau dah fresh lagi, mestilah ade lagi kat memori aku nih. lagi2 hari isnin hari tu, gila huru hare hidup aku. malas aku nak panjangkan cerita. bye.......

Friday, March 04, 2011

dulu mase nak mintak tolong, aku tolong.
sekarang. hmmm. taktau aku nak cakap ape.
lantak kau lah kan.
lepas ape yang kau dah buat, aku bagi chance lagi. aku elok lagi dgn kau even aku dah tahu fact pasal kau.
jadi tempat kau mengadu and whatsoever.
konon-kononnyelah kan.
tapi sekarang..
aku pun tak faham.
biarlahh....
jadi memori yang kalau boleh aku taknak ingat.
tapi nak bwat cmne, aku tetap ingat sampai sekarang.