Assalamualaikum dan selamat pagi. jam dah pukul 1 pagi dah ni. wuu. aku dh buat draft utk PLKN ni lama dah. tak post lg je. (this entry contains a lot of pictures)
Okay. Let’s
move to Kelas Kenegaraan!
Modul Kenegaraan ni mula after cuti Tahun Baru
Cina. Masa cuti tu ktorg ada diberi task oleh Cikgu Azman utk cari pasal 100
Wajah Wira Negara, Perlembagaan Negara, Dasar Dasar Negara, Bendera, Jata, Lagu
patriotik. Aku pun taktau apesal semangat sangat buat benda tu dh serupa mcm
assignment. Kahkah. Orang lain lek lek kacang je (gaya Khalid & Hambali)
wuu. Serius ah. Semangat kuasa berapa entah. Aku baca time aku buat tu je.
Pastu dh tak igt sgt. Hahahha.
EXPLORACE
Aktiviti
pertama utk modul ni adalah explorace. Kitorang dah dibahagikan ikut KN (Kelas
Kenegaraan). Aku KN1. Nampak tak? Tadi CB1. Aina always number 1 right.
Hahahahahhahaaha. Tapi aku tak cam sgt ahli2 group aku utk explorace sbb agak
ramai la. Tak ingat. Takpe. Yang penting aktiviti best. Explorace dia refresh
balik pasal Sejarah. Sejarah wei Sejarah. Kut ade Sir Azlee time tu maybe cepat
la ktorg siap. Hahahaha. Checkpoint banyak. Aku cerita sikit je la ey.
Aku
paling semangat time dkt Kutub Khana la. Time tu soalan2 pasal Dasar Negara.
Aku dgn Munas arrange benda2 tu. Yg lain tunggu ktorg bg huruf. Dia mcm main
susun huruf tau. Dh la main bisu. Wuu. Best la. berjaya jawab 4 dari 5 soalan.
Kira not bad la kan. Yang tak dapat jawab tu soalan dia HICOM dalam Bahasa
Melayu. Sangkut. Haha. Time dkt checkpoint Akademi Fantasia tak silap aku haha
tak ingat, time tu kena nyanyi lagu patriotik. Semangat habis nyanyi lagu
Tanggal 31 Ogos. Kat checkpoint ni dapat full money. Yg lain, hahahhaha.
Explorace ni best sbb dia lain la. Kita kena kumpul harta utk negara kita.
Contoh kalau kita mng, dpt duit byk. Kalau ade jwb salah, duit kena tolak.
Kalau tak cukup duit nak beli clue utk ke next checkpoint, you can kiss one of
your rakyat la haha. Jadikan rakyat tu tawanan. Kalau nak tebus balik kena
bayar. Ade limit masa. In case dpt tebus within half an hour, bayar 1500 je.
After half an hour, naik jadi 3000. Mmg mencabar la. But interesting for sure.
Group aku kira ok la tak sampai separuh pun jadi tawanan. Ade satu group tu
tinggal leader dia je tak jadi tawanan. Hahahaha. Misi akhir sebenarnya nak
cari “Perisai Zaman”. Sebenarnya tu bahan utk modul ni. Hahaha. Tapi best lah.
Aku suka main cmni. Haha.
Ok. Lepas tu
ade tayangan video 100 Wajah Wira
Negara. Aku dh tengok dah video tu kat youtube. Dari situ gak la aku buat
“assignment” yg aku sebut tadi. Haha. Ni ha video dia.
(tak semua wira negara ada dalam ni. yang ni yang terpilih sahaja. yang dah dipersetujui. sebenarnya raaaaaaaaaaamai lagi. sangat ramai. "Unsung Heroes" negara kita. tapi mcm mana nak dikumpulkan dalam satu buku kan? that's why dia letak 100 je. yang lain tu kita kena la ambil tahu. mcm contoh dlm ni ada Hijjas Kasturi. sape dia? aku curious sangat masa mula2 tu. dia ni tokoh arkitek. bangunan yg dia reka sangat lawa. ada kita tahu? tak tahu. unless budak2 yang ambil architecture maybe lah tahu. so friends, marilah sama2 AMBIL TAHU :) )
Sambung.....
Pastu cikgu
suruh wakil setiap kelas pergi depan cerita apa yg dia dpt dari video tu. Yg
pertama dh la KN1. Mampuih ah takde sape nk pergi. Aku pergi je. Dgn muka toya.
Kawan aku kata mcm org mengigau. Haha. Tibai je la cakap pape. Time tu dh la
kat dewan makan. Aku ckp la bla bla bla. Pasal Hijjas Kasturi. One of the
people yg aku tak kenal tapi dia sbnrnya banyak berjasa. Rakyat jenis ape mcm
ni. Huuu.
SIMULASI PILIHANRAYA.
(kita dalam mood Pilihanraya kan ni? moleklah kiranya aku bercerita pasal ni. haha)
Yay! Ni
salah satu pembelajaran dalam Modul Kenegaraan ni. (I love this so much to be honest) Masa ada taklimat pasal
pilihanraya tu aku semangat wei. Semangat kejap. Kahkah. Pastu terlelap atas
kerusi. Masa tu Cikgu Yus yang bagi taklimat. pastu ade sesi soal jawab. Time
ni aku dh sedar. Terus bangun jawab pasal kerajaan rasanya kalau tak silap.
Kahkah. Bayang la. Bangun je terus jawab. Aku dengar je sikit2 cikgu bg
taklimat tu cuma mata tutup haha. Mcm kawan aku ckp la. Modul ni aku mcm org
ngigau je. Tetiba je jwb soalan. Gaya mcm tidur. Haha.
Ade satu
petang ni. Rasanya baru balik solat asar. Duduk kt dewan makan atas lantai nak
dgr benda2 lg psl pilihanraya. Aku mcm biasa la. Mata katup telinga bukak.
Tetiba nama kena panggil. Maunya tak mamai. Terus gi depan. Camtu je. Haha.
Cikgu Lisa bagi taklimat. dipilih sebagai salah seorang AJK Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR). Time tu mcm “ooooooooo ok” then cikgu bagitau jawatan.
“Ketua Pegawai SPR, Rifhan. Dibantu Penolong Pegawai, Chong… Dengan Aina.” I
was like. Aku penolong pegawai? Apekah semua ini? Kahkahkah. Biaq ah. On je.
Haha. Di lubuk hati yang dalam, rasa sangat dihargai... haha. Memula tak dpt gambaran lg ape tugas aku kena buat. Byk ketua je buat.
Aku nk buat menda pun taktau. Kut yg lain tu ade la gak tugas hakiki masing2.
Proses:
1. Pembubaran Parlimen. Done. Dah bubar. (sekarang tengah hot pasal ni kan? haha)
Kena tangkap polis. haha. apa semua ni. tu la. berkempen takda permit. kan dah kena tangkap. pastu YB semua dapatkan permit dulu sebelum berkempen. haha.
Siap ada IPD lagi. kan real tu. tak ke? haha
Mohon penjelasan Ketua Polis kenapa YB HAmbali ditangkap. haha
 |
| Ketua Polis IPD : Haziq Asyaraf |
Sambung......
Dah habis bentang dah. Mari berkempen. yang ni la paling havoc. hahaha.
Ada jugak berita.... panas3. hahaha
Siapa dalang semua ni? roll your drum. ahahahahaha.
Media kat sana memang terbaik. tagline "PANAS PANAS PANAS" hahaha. thumbs up. sampai Ketua Polis pun diorang kenakan. wkwkwkwk.
5. Pengiraan Undi. Time ni pun best.
Dapat belajar mcm mana nak kira undi ape semua. Mcm mana nak kenalpasti undi
rosak, undi ragu.
 |
| Dengar taklimat dulu. |
 |
| Keluarkan kertas undi. |
 |
| dan sebut di hadapan ejen parti. pastu asingkan. ikutlah. undi parti kunci/traktor. undi ragu. undi rosak. |
Yang bawah ni pun sama. tadi atas utk Parlimen. bawah ni DUN.
Kemudian, kira undi keseluruhan.
6. Pengisytiharan keputusan. Teng
terenggggg. Panggil dulu YB2 ke depan.
 |
| Goodluck YB! haha. (yg kat atas tu sibuk lagi meng'arrange') |
Rifhan isytiharkn keputusan akhir.
Parlimen Equestrina dimenangi
oleh YB Hambali dari Parti Kunci. DUN Bintangor dimenangi oleh YB Nava dari
Parti Kunci manakala DUN Titian dimenangi oleh YB Eern Yie dari Parti Kunci
juga. Parti Kunci sapu semua. Hahaha.
 |
| Pemenang! haha muka ceria semua |
Berakhirlah
sudah SIMULASI PILIHANRAYA. Best. Sumpah best. Nak join SPR. Boleh? Hahahaha.
Sebenarnya
banyak lagi aktiviti dalam Modul Kenegaraan ni. Tu belum cerita yang aktiviti
dalam kelas punya. Banyak…………….. tak termampu. Tapi takpe la. Kira ok la ni.
Dua aktiviti terbesar aku dah cerita. Kan? Haha. Oh ye lupa. Dalam modul ni.
Cikgu KN1 : Cikgu Azman, Cikgu Lia, Cikgu Su.
Dengan
berakhirnya kelas kenegaraan, maka habislah aktiviti dalam kelas. Alhamdulillah.
Ok habis (gaya Cikgu Rosli) hahaha. kita jumpa
di lain entry.
2.52 a.m.
No comments:
Post a Comment